Sepanjang Bulan Ramadhan, pihak sekolah anjuran Panitia Pendidikan Islam telah menjalankan pelbagai aktiviti yang bersesuaian dengan bulan puasa. Terdapat beberapa program pihak sekolah ini telah melibatkan beberapa anak-anak KRPPK. Antara programnya ialah pertandingan mewarna, pertandingan azan dan Majlis berbuka puasa. Pertandingan mewarna dan pertandingan azan melibatkan kesemua anak-anak KRPPK. Manakala Majlis Berbuka Puasa pula melibatkan anak-anak KRPPK kategori anak yatim iaitu Nurhayatun Sharmilah dan Muhammad Firdaus.
