Tahniah buat Erra Erdora Bt Lias kerna telah terpilih dalam kontigen sukan mewakili Negeri Johor dalam Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan yang dijalankan di Utara Semenanjung Malaysia iaitu Negeri Perlis Indera Kayangan pada 18 Jun 2012 - 22 Jun 2012. Beliau yang telah menjalani latihan selama lima hari di KOMPLEKS RAKAN MUDA SUKAN AIR DAN UDARA DESARU, KOTA TINGGI pada 11 Mei 2012 - 16 Mei 2012 dan turut menjalani latihan di Kluang selama 2 minggu bermula 2 Jun 2012 - 15 Jun 2012 telah berjaya meraih emas dalam acara 4 x100m... Tahniah buat Erra kerna telah menaikkan nama kelas dan nama sekolah dalam arena sukan.
Monday, 25 June 2012
Tuesday, 12 June 2012
Program Semarak Islam Pendidikan Khas Daerah Kota Tinggi 2012
Tarikh :
14 Mei 2012
Hari
/ Masa : Isnin
8.00 pagi –
4.30 petang
Tempat : SK Felda Lok Heng
Pusat Bandar
Tidak hanya berlandaskan program kokurikulum, pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi turut tidak ketinggalan dalam menjalankan program berupa akademik yang berunsurkan keislaman iaitu selaras dengan MTQ dalam aliran perdana. Dalam menyediakan murid, pihak pengurusan telah mengatur memilih 3 orang murid dalam beberapa pertandingan iaitu Hafazan. Melaungkan Azan Subuh dan Celik Iqra Terbuka Down Syndrome. Murid yang terlibat ialah Muhammad Shukri, Mohamad Shah Rizal dan Norsafarina Rahimie.
Alhamdulillah Norsafarina Rahimie telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan Celik Iqra Terbuka Down Syndrome.
Kejohanan Olahraga dan Balapan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor
Tarikh: 27 April 2012 - 29 April 2012'
Tempat: Stadium Mini Belitong Kluang, Johor
Tahniah Erra Erdora berjaya memperolehi 1 Perak dalam acara ( 4x 100M) dan 2 gangsa dalam acara 100 M dan 200M. Dengan kejayaan ini seterusnya membantu Kontigen Kota Tinggi meraih 6 emas, 11 perak n 8 gangsa dalam Kejohanan Balapan dan Padang Pend Khas Negeri Johor kat Stadium Mini Belitong, Kluang Johor.
Friday, 8 June 2012
Karnival Permainan Pendidikan Khas Daerah Kota Tinggi 2012 ( Tenpin Boling)
Hari
/ Masa : Rabu
8.00 pagi –
5.00 petang
Lesairue Mall, Tmn Pelangi
Seperti yang ditetapkan pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kota Tinggi, pihak pengurusan kelas telah membawa 4 orang murid untuk mencuba nasib dalam pertandingan boling ini. Walaupun pihak pengurusan mengalami masalah dalam melatih anak-anak, tetapi semangat juang yang ditunjukkan amat membanggakan para guru.
Dari kanan: Shukri, Aiman, Najiha dan Erra
Karnival Permainan Pend Khas Daerah Kota Tinggi 2012 ( Petanque)
Tarikh :
23 Februari 2012
Hari
/ Masa : Khamis
8.00 pagi
– 7.00 malam
Tahniah pasangan beregu petanque perempuan yang dianggotai oleh Nurul Najiha dan Erra Erdora telah memperolehi johan manakala Norsafarina Rahimie yang mendapat tempat ketiga dalam acara down syndrome. Buat pasangan beregu lelaki ( Firdaus dan Shah Rizal) juga membanggakan kerna dapat melayakkan diri ke peringkat suku akhir
Jamuan Akhir KRPPK 2011
Satu Majlis Akhir Tahun telah diadakan pada 15 November 2011 sempena meraikan pengakhiran sesi persekolahan bagi Tahun 2011. Majlis ini juga bagi meraikan perpindahan dua murid KRPPK yang bakal menempuh alam persekolahan menengah di SMK Tan Sri Jaafar Albar iaitu Nur Zaimah dan Muhammad Izhar. Kenangan Izhar dan Zaimah terpahat dalam sanubari hati kami di KRPPK.
Muhammad Izhar Nurzaimah
Jualan Karnival Hari Kokurikulum SKSSJ 2011
Pada Karnival Hari Kokurikulum, KRPPK turut membuat jualan bagi menambah dan menghangatkan lagi suasana di sekolah. KRPPK mengambil kesempatan ini dengan menjual ubi kayu, nugget, ais krim malaysia.
Persiapan Malam Asprisiasi 2011
Dalam menjayakan Malam Asprisiasi Seni Sekolah, pihak sekolah meminta pihak KRPPK untuk menjalani latihan lagu Aci-Aci Buka Pintu bagi lakonan drama 'First Time'. Dalam merealisasikan impian pihak sekolah, Pn Nurfadhliana Ramli selaku guru pendidikan khas telah melatih anak-anak KRPPK selama sebulan di mana mereka perlu mempersembahkannya pada malam 20 Oktober 2011 sempena Hari Anugerah Kokurikulum
Pesta Ubi Rebus... 2011
Memandangkan ubi kayu yang ditanam di Kebun KRPPK sudah banyak dan gemuk-gemuk, maka pihak pengurusan kelas berpakat untuk memasak ubi tersebut setelah anak-anak mengambilnya dari kebun bagi membersihkan kebun. Ubi yang diambik dibahagikan terlebih darhulu untuk setiap murid untuk dibawa pulang, selebihnya dimasak. Ubi ini juga dihadiahkan kepada Tuan Guru Besar, En Mdd Nordin dan En Nazaini Nasir sebagai penghargaan kelas.
Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah
Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada kali ini agak berlainan kerana pihak sekolah telah menjemput rombongan daripada Riau, Indonesia. Sekumpulan guru berserta anak murid mereka akan menjalankan program sekolah angkat bagi mempelajari selok belok pendidikan di Malaysia. SK Seri Setia Jaya terpilih untuk menerima seorang guru dan murid daripada Riau, Indonesia ini. Kedatangan mereka diraikan cukup meriah kerana pada masa yang sama pihak sekolah menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pihak pengurusan KRPPK telah mendapat undian untuk menghasilkan sate semasa program itu berlangsung. Hasil perbincangan bersama AJK Permuafakatan KRPPK, sebulat suara mencadangkan sate tersebut disediakan secara bergotong-royong di kelas selepas waktu persekolahan.
Program Jalinan Silaturahim sempena Hari Raya Aidilfitri 2011
Dalam suasana menyambut Hari Raya Aidilfitri, pihak pengurusan KRPPK telah membuat satu program Jalinan Silaturahim antara pihak pengurusan kelas dengan keluarga permuafakatan dan antara anak-anak itu sendiri. Program ini mengambil masa selama dua minggu untuk dijalankan. Guru akan membawa anak-anaknya berhari raya di rumah teman-teman mereka mengikut jadual perjalanan yang dirancangkan. Dengan berpakaian hari raya, anak-anak ini akan mengenali dengan lebih rapat keadaan keluarga rakan mereka
Di hari pertama program, pihak pentadbiran kelas terpaksa menggunakan khidmat bantuan Tn Hj Mohd Nizam bagi membawa anak-anak ke Sedili Besar iaitu Rumah Alif dan Rumah Khairu Aiman
Thursday, 7 June 2012
Kembara Kereta api Ke Taiping, Bandar Warisan 2011 (part 2)
Setelah selesai melawat Muzium Perak, semua ahli rombongan mula bergerak menuju ke Flemington Hotel untuk menginap dan membersihkan diri. Dua keluarga berpasangan ditempatkan dalam satu bilik memandangkan keadaan bilik tersebut mempunyai katil yang besar. Tepat pukul 8.00 malam, ahli-ahli rombongan dibawa melawat Zoo Taiping & Safari Night yang terletak tidak jauh dari tempat penginapan.
Kembara Kereta api Ke Taiping, Bandar Warisan 2011 (part 1)
Pada 22 - 25 Julai 2011, KRPPK telah mengadakan lawatan sambil belajar menaiki Kereta api menuju ke utara Malaysia. Ini merupakan satu program yang agak mencabar kerana lawatan ini bermula di selatan Semenanjung Malaysia (Tg Sedili, Kota Tinggi Johor) ke Utara Negeri Perak ( Taiping). Menggunakan khidmat 6 orang guru iaitu Cik Siti Nadiah Othman selaku Pengarah Program, En Ishak Ali, Penyelaras KRPPK, Tuan Guru Besar, MDD Nordin Ismail, Cik Aini Yusnita Bt Ismail, Cik Suraisya Hanim Bt Endut dan En Hanif Bin Juki. Seramai 13 orang murid telah dibawa bersama pengiring masing-masing seramai 14 orang dengan tujuan membantu para guru dalam mengawal dan mengawasi anak-anak.
Semarak Islam Pendidikan Khas Daerah Kota Tinggi 2011
LOKASI : SK DATUK USMAN AWANG
TARIKH : 12 MEI 2011
MASA : 8.30 PAGI – 1.30 PETANG
Dari Kanan: Shah Rizal, Alif dan Firdaus
Karnival Permainan Pendidikan Khas Daerah Kota Tinggi 2011 ( Boling)
LOKASI : DAIMAN BOWL, TAMAN JOHOR
JAYA, JOHOR BAHRU
TARIKH : 5 MEI 2011
MASA : 7.30 PAGI – 5.00 PETANG
Wednesday, 6 June 2012
Tuesday, 5 June 2012
Selangkah ICT, Blog KRPPK dibina
Subscribe to:
Posts (Atom)