Pendidikan Khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920an di
kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau
kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Bertitik tolak daripada perkara
tersebut dan di atas keprihatinan kerajaan, masyarakat dan pihak sekolah
sendiri, maka pada tahun 1999, SK Sri Setia Jaya telah bersepakat menubuhkan
Kelas Integrasi Pendidikan Khas. Dengan tertubuhnya Kelas Integrasi Pendidikan
Khas ini maka ia sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar yang mengalami
masalah pembelajaran terutama di kawasan Tanjung Sedili yang mana majoriti
penduduk adalah nelayan. Kelas Integrasi Pendidikan Khas SKSSJ ini adalah
satu-satunya sekolah Pendidikan Khas yang ada di kawasan Tanjung Sedili. Dengan
bangunan berkapasiti 60’ x 20’ persegi, ia mampu menempatkan sekurang-kurangnya
20 orang murid dalam satu-satu masa. Pada tahun ini, Kelas Integrasi Pendidikan
Khas SKSSJ mempunyai jumlah murid seramai 16 orang. Di bawah teraju utama iaitu
Tuan Guru Besar SKSSJ, MDD Nordin bin Hj. Ismail bersama-sama dengan bantuan 3
orang guru serta seorang pembantu pengurusan murid kelas ini berjaya dikekalkan
sehingga sekarang.
Pelajar-pelajar akan diajar berdasarkan kepada Kurikulum Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Kurikulum PKBP ini telah diubah suai daripada
kurikulum biasa dan digabungkan di antara peringkat sekolah rendah dan sekolah
menengah. Ia merupakan kurikulum yang bersifat keluwesan (flexible) dalam
perlaksaannya dimana ada diantara murid berkeperluan khas yang boleh menerima
pelajaran dengan cepat berbanding rakan mereka yang lain. Selaras dengan
perubahan dalam pendidikan 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah
diperkenalkan dalam pendidikan khas dan para guru pendidikan khas Sk Seri Setia
Jaya mula menggunakannya bagi Tahun 1 dan Tahun 2
Di Kelas Integrasi Pendidikan Khas SKSSJ ini, murid-murid bermasalah
pembelajaran ini dikategorikan kepada beberapa golongan iaitu sindrom down (3),
autisme ringan (1), hiperaktif (1), hipoaktif (1), kurang upaya dalam
pembelajaran (9), dan cerebral palsy (1).
No comments:
Post a Comment