Bertempat di Taman Hutan Lagenda Taman Negara Johor, Jabatan Pelajaran Negeri Johor ( JPNJ) dan Persatuan Pengakap Malaysia (PPM) Negeri Johor telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pengakap Peringkat 3.1 dan 3.2 Guru Pendidikan Khas Negeri Johor 2013 bermula pada 24 Februari 2013 - 28 Februari 2013. Seramai 67 orang guru pendidikan khas telah terlibat dari seluruh daerah Negeri Johor baik daripada sekolah rendah mahupun sekolah menengah.
Bagi semua guru sekolah rendah, mereka dilatih untuk memimpin Pengakap Kanak-kanak manakala bagi guru sekolah menengah, mereka dilatih untuk memimpin Pengakap Muda.
Dalam kursus ini, guru sekolah rendah terbahagi kepada 4 kumpulan yang digelar sekawan ( kumpulan) iaitu Sekawan Jingga (1), Sekawan Oren (2), Sekawan Hijau (3) dan Sekawan Biru (4). Manakala bagi guru sekolah menengah terbahagi kepada 3 kumpulan yang digelar patrol iaitu Patrol Tiung (5), Patrol Penguin (6) dan Patrol Helang (7).
Selama 5 hari kursus ini dijalankan pelbagai input yang diperolehi daripada para jurulatih-jurulatih yang sudi mencurahkan ilmu dan pengalaman mereka dalam membantu para guru pendidikan khas untuk menjadi seorang pemimpin pengakap yang berkebolehan dalam memimpin anak-anak pendidikan khas di sekolah masing-masing.
Bermula dengan pendaftaran para guru di SMK Sagil di hari pertama, guru diberi taklimat tentang serba sedikit berkenaan dengan Taman Negera oleh Pegawai Taman Negara Johor. Setelah taklimat tersebut guru telah diminta untuk memasang khemah sendiri untuk dijadikan sebagai tempat perlindungan masing-masing dalam tempoh berkursus. Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya taklimat daripada para jurulatih berkaitan tentang kecergasan dan kekemasan, istiadat bendera, seni perkhemahan, Laung Agung bagi guru sekolah rendah, lencana, anda dan kumpulan anda di hari pertama.
Sesi Laung Agung



Mencari nama pokok Terpaksa meredah sungai
Masaklah kentang dan telur.... Bergerak menuju pendakian balik
Kumpulan Oren dpt topi... dr Tok Batin Mr Tan Check Meng
Peta Lakaran Ekspedisi


Pada hari kelima, taklimat dari pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dijalankan selepas taklimat penganugerahan pingat. Seterusnya istiadat penutupan kursus dijalankan.
assalamualaikum.. sungguh seronok membaca laporan cgu.satu pengalaman yang cgu belum tempohi dan ini baru permulaan cgu menimba ilmu kepengakapan seadanya cgu berminat dan berterusan lagi macam-macam ilmu kehutanan,ikatan simpulan,kebudayaan,lagu-lagu pengakap dll..terima kasih cgu.
ReplyDelete