Monday 26 November 2012

Agoonoree Negeri Johor 2012 ( Perkhemahan Pengakap Pend Khas Negeri Johor)

Perkhemahan Pengakap Pendidikan Khas Agoonoree Johor 2012 telah diadakan di Kem Sekakap, Mersing, Johor pada 4 November 2012 (Ahad)- 7 November 2012 (Rabu) . Perkhemahan ini telah melibatkan 10 buah daerah di Johor iaitu Kota Tinggi, Mersing, Johor Bahru,  Muar, Kluang, Batu Pahat, Pasir Gudang, Pontian, Kulaijaya, dan Segamat.

Dalam Daerah Kota Tinggi 10 buah sekolah telah terpilih dan salah satunya ialah SKSeri Setia Jaya. Khairul Aiman Ikram Danial telah terpilih oleh gurunya Siti Nadiah Othman bagi mewakili sekolah merangkap wakit daerah Kota Tinggi. manakala sekolah lain yang terlibat ialah SKDUA, SMK Lokman Hakim, SMK Adela, SK Laksamana, SK (F) Bukit Waha,  SMK Bandar Easter, SMK Air Tawar 2, dan SKTJA yang mewakilkan 10 orang guru dan 30 orang murid.


  Kontigen Kota Tinggi

Sunday 25 November 2012

Perkhemahan Pengakap Pendidikan Khas Peringkat Daerah Kota Tinggi 2012




  

Pada 31 Oktober 2012 (Rabu) hingga  2 November 2012 (Jumaat) telah diadakan Perkhemahan Pengakap Pendidikan Pendidikan Khas Peringkat Daerah Kota Tinggi  bertempat di Tiram Indah Village,Ulu Tiram. Murid yang terlibat ialah Erra Erdora Bt Lias dan Nurul Najiha Bt Yasim manakala Guru yang terlibat ialah Pn Nurfadhliana Bt Ramli, Siti Nadiah Othman dan PPMnya Pn Siti Saliza Bt Zaini. En Ishak Bin Ali tidak dapat hadir memandangkan terpaksa menguruskan pasukan SILAT untuk program sekolah.

Pada kali ini hanya murid perempuan yang terlibat kerana dua murid lelaki terpaksa menjalani latihan silat manakala murid lelaki yang lain menghadapi masalah kesihatan diri (demam) 


SILAT

       
 Baru-baru ini, SK Seri Setia Jaya telah menubuhkan SILAT sekolah dibawah bimbingan Guru-guru Pendidikan Khas iaitu En Ishak Bin Ali sebagai pengurus manakala Cik Siti Nadiah bt Othman sebagai jurulatih. Memandangkan bilangan anak-anak KRPPK yang sesuai tidak begitu ramai, pihak pengurusan silat sekolah bersetuju untuk mengambil anak-anak daripada aliran perdana untuk turut serta. 
            
            Memandangkan pihak sekolah bakal menjalankan Program Malam Apresiasi 2012 pada 2 November 2012, pihak sekolah telah meminta pengurusan silat menyediakan 10 orang anak-anak buahnya untuk membuat silat persembahan. Berbekalkan 18 murid daripada gabungan KRPPK, Tahun 2 dan Tahun 3, latihan silat mula dijalankan dengan bantuan daripada En Ali, seorang penduduk tempatan yang arif tentang silat pada setiap hari bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi.