Lokasi

Lokasi kedudukan Kelas Rancangan Percantuman Pendidikan Khas (KRPPK) ini adalah di salah sebuah sekolah di Kawasan Sedili iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Setia Jaya yang terletak di Jalan Datuk Usman Awang, Tanjung Sedili
                                     
SK Seri Setia Jaya


Tanjung Sedili merupakan salah sebuah tempat yang berada dalam Timur Daerah Kota Tinggi di Negeri Johor. Kawasan ini berdekatan dengan Laut China Selatan dan merupakan sebuah perkampungan nelayan, di mana kebanyakkan masyarakat kampungnya merupakan nelayan. Terdapat juga masyarakatnya yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan terdapat segelintirnya merupakan kakitangan kerajaan yang bekerja sebagai guru, doktor, jururawat dan kakitangan Klinik Kesihatan serta Pegawai Perikanan. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia juga terdapat di kawasan ini. Kedudukan Tanjung Sedili adalah ditengah-tengah perjalanan menuju ke Sedili Besar dan Sedili Kecil.

Lokasi Perjalanan ke Tanjung Sedili


Kedudukan Kelas Rancangan Percantuman Pendidikan Khas (KRPPK) ini terletak di salah sebuah blok di SK Seri Setia Jaya yang menempatkan 5 buah blok. Blok yang dihuni oleh insan KRPPK dinamakan Blok Saga. Blok Saga ini turut dihuni oleh Kelas Prasekolah.


Kedudukan Kelas sentiasa berubah bagi mengelakkan murid-muridnya berasa bosan. Ini merupakan kedudukan baru bagi kelas KRPPK pada tahun 2012

No comments:

Post a Comment