Tuesday 19 November 2013

Tranformasi cat bahagian menuntut ilmu (kelas Nur Iman 1)




Situasi Kelas Nur Iman 1


Dahulu

 Kini









Transformasi Cat Bahagian Pentadbiran


Situasi Bahagian Pentadbiran 

Dahulu kelas








Transformasi Cat Ruang Tamu KRPPK



Situasi Ruang Tamu KRPPK

Dahulu


 Kini




Jamuan makan-makan...

Pada 10 Oktober 2013 (Khamis) Kelas Pendidikan Khas telah mengadakan jamuan akhir tahun 2013 dan sebagai majlis pertukaran Norsafarina Rahimie dan Muhammad Alif Sahari ke SMK Tan Sri Jaafa Albar pada tahun hadapan Tahun 2014





Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kelas Pendidikan Khas SK Sri Setia Jaya






Pihak Pengurusan Pendidikan Khas telah bekerjasama dengan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) Pendidikan Khas telah bersepakat untuk mengadakan sambutan hari raya aidilfitri di Kelas. Pihak KSIB telah bersetuju untuk menjalankan 1 keluarga 1 juadah sempena mengadakan program ini. Dengan memilih tarikh 30 Ogos 2013 ( Jumaat) program ini telah berjaya diadakan.

Selamat Datang ke Kelas Pendidikan Khas SKSSJ

         Selamat Datang kepada Pn Nor Afida Bt Rassid ke Kelas Pendidikan Khas SK Sri Setia Jaya. Semoga kehadiran beliau sebagai Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang kedua dapat membantu meningkatan mutu kualiti dan keceriaan di Kelas Pendidikan Khas.

         Kehadiran beliau juga sedikit sebanyak dapat meringankan beban kami guru pendidikan Khas dan seorang pembantu pengurusan murid, Pn Siti Saliza Bt Zaini dalam proses keceriaan kelas.




Semarak Islam Pendidikan Khas Peringkat Daerah Kota Tinggi

 Karnival Semarak Islam Pendidikan Khas Peringkat Daerah Kota Tinggi 2013 telah diadakan di SK Tun Dr Syed Nasir, Pasak pada 24 Jun 2013 (Isnin). Murid yang terlibat ialah Muhammad Shukri yang bertanding dalam kategori azan. 

   

Sambutan Lahirnya Permataku


Pada 8 Julai 2013 (Isnin), Pihak pengurusan Pendidikan Khas telah menjalankan satu program Sambutan Lahirnya Permataku bersama SK Mawai dan SK Taman Kota Jaya di Pelangi Balau Resort. Program ini merupakan penerusan gabungan usahasama antara sekolah. Program ini bermula pada pukul 8 pagi sehingga 2 petang. Pelbagai aktiviti dijalankan iaitu sukaneka, bermandi manda dan jamuan tengah hari. Aktiviti Sambutan hari lahir juga turut dijalankan semasa jamuan tengah hari. 
SK Mawai telah menyediakan sebuah bas untuk menampung keseluruhan murid dan guru untuk ke Pelangi Balau Resort.

Karnival Permainan Petanque Peringkat Daerah Kota Tinggi 2013

Pada 13 Mei 2013 (Isnin), bertempatkan di Padang Awam Felda Smenchu dan SMK Semenchu, Karnival Permainan (Petanque)  Pendidikan Khas telah Peringkat Daerah Kota Tinggi telah diadakan.

Aktiviti ini telah bermula pada pukul 8 pagi sehingga 5 petang. Pelbagai kategori telah dipertandingkan iaitu Lelaki Masalah PembelajaranTerbuka, Perempuan Masalah Pembelajaran Terbuka, Downsyndrome terbuka, dan sebagainya.

Pihak Pengurusan Pendidikan Khas telah menghantar 2 lelaki dan 2 perempuan iaitu Khairul Aiman Ikhram DAnial, Muhammad Shukri, Nurul Najha dan Norsafarina Rahimie untuk kategori Lelaki masalah pembelajaran terbuka, Perempan masalah pembelajaran terbuka dan down syndrome terbuka.
Norsafarina Rahimie telah berjaya memperoleh tempat ketiga dalam down syndrome terbuka.


Saturday 16 November 2013

Karnival Permainan Futsal dan Bola Jaring Pendidikan Khas Peringkat Daerah Kota Tinggi 2013

Karnival Permainan Pendidikan Khas Daerah Kota Tinggi ( Futsal dan Bola Jaring ) telah dijalankan di SK Datuk Usman Awang pada 14 Mei 2013 bermula pada 8 pagi sehingga 5.00 petang.
 
 
Pihak KRPPK telah membawa dua pasukan lelaki dan perempuan untuk merebut tempat dalam permainan bola jaring dan futsal. Memandangkan dalam pasukan bola jaring, pihak KRPPK hanya mempunyai 2 orang pemain sahaja iaitu Nursyazwana dan Nurul Najiha maka keputusan untuk bergabung dengan SJKC New Kota telah dijalankan. Manakala pasukan futsal terdiri daripada Khairul Aiman Ikram Danial, Muhammad Shukri dan Muhammad Afiq