Friday 26 April 2013

Peluasan Bumi Hijau

              Program Bumi Hijau telah dipeluaskan lagi daripada penanaman bendi kepada penanaman cili, sawi dan tembikai... Program ini yang dimulakan oleh Cikgu Nadiah diteruskan oleh Cikgu Fadhliana menerusi Kelas Nur Iman 2 dalam waktu Kemahiran Hidup.  Memandangkan kedudukan kebun ini berhadapan dengan kelas Pendidikan Khas, keadaan kebun ini sentiasa terjaga dan disiram menyebabkan tanaman dapat hidup dengan subur.

Kewujudan kebun ini dihadapan kelas menambah keceriaan kehijauan kelas Pendidikan Khas. ini mewujudkan suasana yang tenang dan mendamaikan kepada anak-anak murid KRPPK yang datang ke sekolah dengan niat menimba ilmu. 

Wednesday 24 April 2013

Karnival kesenian dan kebudayaan Pend Khas Peringkat Daerah Kota Tinggi

Pada 22 April 2013 iaitu pada hari Isnin, Karnival Kesenian dan Kebudayaan Pendidikan Khas Peringkat Daerah Kota Tinggi telah dijalankan di SK Air Tawar 4 sebagai tuan rumah.

KRPPK telah menghantar anak didiknya dalam acara melukis dan mewarna




Kejohanan Padang dan Balapan Pend Khas Peringkat Daerah Kota Tinggi 2013

 Pada 17 April 2013 - 18 April 2013, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi telah mengadakan Kejohanan Padang dan Balapan Pendidikan Khas Peringkat Daerah Kota Tinggi di SK Bandar Penawar 2 dan Stadium Bandar Penawar. Bermula pada pukul 8.00 pagi, murid-murid yang terlibat dibawa ke Bandar Penawar

Di SK Bandar Penawar 2, acara padang dijalankan. Murid KRPPK terlibat dalam acara lompat jauh dan lontar peluru. Mereka ialah Nurul Najiha, Khairul Aiman Ikram Danial dan Muhammad Shukri. Nurul Najiha berjaya mendapat tempat kedua dalam acara lontar peluru.


Pada keeseokan harinya pula acara balapan dijalankan di Stadium Penawar. Acara 100m dan 200m merupakan acara murid KRPPK. Aiman mendapat tempat keempat dalam saringan yang pertama manakala shukri mendapat tempat pertama dalam saringan keempat. Tetapi malangnya masa yang diambil oleh shukri tidak mendapat tempat untuk ke acara akhir... Manakala tunggak utama emas Norsafarina Rahimie untuk acara 50m Down syndrome tidak dapat hadirkan diri memandangkan berlaku hal yang tidak dijangkakan. apa-apa pun Tahniah buat semua anak-anak KRPPK yg terlibat... :)

Monday 15 April 2013

Terapi Boling

Bertempatkan di Daiman Bowl , Johor Jaya, pihak pengurusan KRPPK SKSSJ telah bekerjasama dengan pihak pengurusan PPKI SK Mawai untuk mengadakan latihan terapi boling untuk anak-anak didik masing-masing.

Tarikh 15 April 2013 telah dirancang untuk mengadakan program ini. SK Mawai sudi turun ke SK Seri Setia Jaya dengan tujuan mengambil anak-anak KRPPK SKSSJ untuk bersama-sama bergerak ke Johor Jaya.