Monday 3 December 2012

Kaedah Pengajaran Anak2 Kita





1.Penggunaan kaedah Bahan Bantu Mengajar (BBM) turut boleh membantu mempertingkatkan tahap pendidikan dan pemahaman murid.

Bersangkutan itu, penyediaan carta-carta yang digunakan dengan kad huruf yang berwarna-warni, akan turut menarik minat murid-murid untuk terus fokus kepada pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Tambahan lagi, dengan menggunakan bahan rujukan dan ilmiah seperti buku-buku yang mempunyai gambar-gambar yang menarik.

2.Kanak-kanak bermasalah pembelajaran lembam akan diintervensikan melalui rancangan pengajaran yang lebih berpusatkan kepada individu bukan secara berkumpulan kerana setiap murid-murid khas mempunyai tahap pencapaian yang berbeza. Penyediaan perancangan dan jadual yang strategik oleh guru sebelum mengajar turut mempengaruhi isi kandungan pembelajaran murid semasa proses P & P berlangsung.

Pemilihan kaedah dan khidmat sokongan yang sesuai membantu kanak-kanak lembam untuk mengikuti pengajaran guru dengan lancar dan berkesan. Khidmat sokongan yang boleh digunapakai adalah seperti berikut:


Monday 26 November 2012

Agoonoree Negeri Johor 2012 ( Perkhemahan Pengakap Pend Khas Negeri Johor)

Perkhemahan Pengakap Pendidikan Khas Agoonoree Johor 2012 telah diadakan di Kem Sekakap, Mersing, Johor pada 4 November 2012 (Ahad)- 7 November 2012 (Rabu) . Perkhemahan ini telah melibatkan 10 buah daerah di Johor iaitu Kota Tinggi, Mersing, Johor Bahru,  Muar, Kluang, Batu Pahat, Pasir Gudang, Pontian, Kulaijaya, dan Segamat.

Dalam Daerah Kota Tinggi 10 buah sekolah telah terpilih dan salah satunya ialah SKSeri Setia Jaya. Khairul Aiman Ikram Danial telah terpilih oleh gurunya Siti Nadiah Othman bagi mewakili sekolah merangkap wakit daerah Kota Tinggi. manakala sekolah lain yang terlibat ialah SKDUA, SMK Lokman Hakim, SMK Adela, SK Laksamana, SK (F) Bukit Waha,  SMK Bandar Easter, SMK Air Tawar 2, dan SKTJA yang mewakilkan 10 orang guru dan 30 orang murid.


  Kontigen Kota Tinggi

Sunday 25 November 2012

Perkhemahan Pengakap Pendidikan Khas Peringkat Daerah Kota Tinggi 2012




  

Pada 31 Oktober 2012 (Rabu) hingga  2 November 2012 (Jumaat) telah diadakan Perkhemahan Pengakap Pendidikan Pendidikan Khas Peringkat Daerah Kota Tinggi  bertempat di Tiram Indah Village,Ulu Tiram. Murid yang terlibat ialah Erra Erdora Bt Lias dan Nurul Najiha Bt Yasim manakala Guru yang terlibat ialah Pn Nurfadhliana Bt Ramli, Siti Nadiah Othman dan PPMnya Pn Siti Saliza Bt Zaini. En Ishak Bin Ali tidak dapat hadir memandangkan terpaksa menguruskan pasukan SILAT untuk program sekolah.

Pada kali ini hanya murid perempuan yang terlibat kerana dua murid lelaki terpaksa menjalani latihan silat manakala murid lelaki yang lain menghadapi masalah kesihatan diri (demam) 


SILAT

       
 Baru-baru ini, SK Seri Setia Jaya telah menubuhkan SILAT sekolah dibawah bimbingan Guru-guru Pendidikan Khas iaitu En Ishak Bin Ali sebagai pengurus manakala Cik Siti Nadiah bt Othman sebagai jurulatih. Memandangkan bilangan anak-anak KRPPK yang sesuai tidak begitu ramai, pihak pengurusan silat sekolah bersetuju untuk mengambil anak-anak daripada aliran perdana untuk turut serta. 
            
            Memandangkan pihak sekolah bakal menjalankan Program Malam Apresiasi 2012 pada 2 November 2012, pihak sekolah telah meminta pengurusan silat menyediakan 10 orang anak-anak buahnya untuk membuat silat persembahan. Berbekalkan 18 murid daripada gabungan KRPPK, Tahun 2 dan Tahun 3, latihan silat mula dijalankan dengan bantuan daripada En Ali, seorang penduduk tempatan yang arif tentang silat pada setiap hari bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi.




Tuesday 9 October 2012

Jualan Tatkala Kejohanan Antara Kelab Sukan Sekolah Rendah Zon Sedili



Bertempat di Padang Awam Tanjung Sedili, Kejohanan Antara Kelab Sukan Sekolah Rendah Zon Sedili telah diadakan pada 22 September 2012.  

Pelbagai sekolah yang tergolong dalam Zon terdiri berkumpul membawa atlet masing-masing terutamanya dalam sukan bola jaring, bola baling, sepak takraw, futsal, olahraga ( lontar peluru, lompat jauh, lumba lari). 


Jualan Tatkala Sukan Tahunan Sekolah

Sukan Tahunan Sekolah Sk Seri Setia Jaya telah dijalankan di Padang Awam Tanjung Sedili pada 25hb September 2012 sehingga 27hb September 2012.

Bertempat di pintu masuk SK Seri Setia Jaya melalui Padang Awam Tanjung Sedili, beberapa murid pendidikan khas KRPPK telah mengadakan jualan amal bagi mengisi tabung kelas. Antara jualan yang dilakukan ialah minuman berkarbonat, dan dadih... alhamdulillah berkat kesabaran anak-anak menunggu semua jualan habis dijual...




Tuesday 2 October 2012

Karnival kesenian Pendidikan Khas Peringkat Daerah Kota Tinggi 2012



Bertempatkan di SMK Taman Seri Saujana, Bandar Saujana. Karnival Kesenian Pendidikan Khas telah diadakan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Gubahan Tuala, Kraftangan, pertandingan mewarna, mengecap batik dan tarian 1 malaysia... Gubahan tuala hanya boleh diwakili oleh seorang murid sahaja manakala kraftangan secara berpasangan.







Saturday 15 September 2012

Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah



Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2012 telah diadakan pada 14 September 2012 bersamaan hari Jumaat. Pelbagai program yang telah dirancangkan. Antara program yang dijalankan ialah marhaban, persembahan murid dan guru, fashion show, penyampaian hadiah, penyampaian duit raya anak-anak yatim, penyampaian duit raya dan jamuan makan



Saturday 8 September 2012

Kejohanan Futsal & Bola Jaring Pendidikan Khas Peringkat negeri Johor 2012


Kejohanan Futsal & Bola Jaring PendidikanKhas Peringkat Negeri telah dijalankan di Daerah Kota Tinggi pada 3 hingga 4 September 2012 iaitu di Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya dan Gelanggang Futsal Taman Kota Jaya. 

Daerah Kota Tinggi telah menghantar 3 pasukan untuk bertanding iaitu Futsal Junior, Futsal Senior dan Pasukan Bola Jaring.

Khairul Aiman Ikram Danial telah terpilih dalam mewakili Daerah Kota Tinggi ke Peringkat Negeri Johor dalam kategori Junior Futsal. Bagi pasukan junior Futsal telah mendapat tempat kedua manakala bagi Futsal senior telah mendapat johan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada anak-anak dan jurulatih serta pengurus pasukan yang bersungguh-sungguh melatih anak-anak kita.
 Pasukan Futsal Junior yang mendapat naib johan

Pasukan Futsal Senior dinorbatkan Johan Kategori Senior

Sunday 2 September 2012

Pemain Terbaik Kategori Futsal Junior 2012




Tahniah buat Muhammad Firdaus Bin Zainudin kerna berjaya mengharumkan nama KRPPK dengan kejayaan berganda apabila dinorbatkan sebagai pemain terbaik kategori junior futsal dalam Kejohanan Futsal & Bola Jaring Pendidikan Khas Peringkat Daerah Kota Tinggi setelah membawa pasukannya meraih juara kategori futsal junior. Fidaus juga telah dipilih dalam saringan ke Kejohanan Futsal & Bola Jaring Peringkat Negeri Johor bagi mewakili Daerah Kota Tinggi. Apa-apa pun tahniah sekali lagi... cikgu2 di sini bangga dengan kejayaan anda semoga anda terus berjaya dalam bidang sukan ini. Teruskan usaha anda untuk terus berjaya...


Tahniah juga kepada pasukannya yang dinorbatkan sebagai juara Futsal kategori junior. Ini bermakna dendam pasukan futsal KRPPK SKSSJ terbalas apabila gagal pada tahun lepas. Hasil usaha gigih berlatih bersama-sama team Futsal SMKTJA dengan bimbingan jurulatih bersama Cikgu Amirul  membuahkan hasil. Tahniah skali lagi... Semoga team ini terus berjaya terutamanya Khairul Aiman Ikram Danial dan Muhammad Firdaus yang layak dalam mewakili Daerah Kota Tinggi ke Kejohanan Futsal & Bola Jaring Pend Khas Peringkat Negeri Johor pada 3 & 4 September 2012 di SMK Taman Kota Jaya, Kota Tinggi

Kejohanan Futsal & Bola Jaring Pend Khas Peringkat Daerah Kota Tinggi 2012



Alhamdulillah rezeki KRPPK dalam bidang sukan pada tahun ini tidak putus-putus dengan kemenangan sama ada mendapat juara mahupun mendapat tempat dalam mana-mana kejohanan yang dianjurkan oleh Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi. Baru-baru ini, tanggal 28 Ogos 2012 bertempat di SMK Lokman Hakim, Felda Lok Heng, KRPPK telah menghantar 2 pasukan untuk menyertai kejohanan Bola Jaring dan Futsal.

Bola Jaring yang dianggotai oleh Nurul Najiha Bt Yasim dan Erra Erdora Bt Lias telah bergabung bersama SK Mawai telah memperolehi tempat ketiga junior Bola Jaring manakala pasukan futsal KRPPK SKSSJ yang dianggotai oleh Mohammad Shah Rial B. A. Rahim, Muhammad Firdaus B. Zainudin, Khairul Aiman Ikram Danial B. Kamrolazan dan Muhammad Shukri B. Ibrahim telah menjadi juara futsal junior.


Tuesday 21 August 2012

Program Ihya Ramadhan 2012

Sepanjang Bulan Ramadhan, pihak sekolah anjuran Panitia Pendidikan Islam telah menjalankan pelbagai aktiviti yang bersesuaian dengan bulan puasa. Terdapat beberapa program pihak sekolah ini telah melibatkan  beberapa anak-anak KRPPK. Antara programnya ialah pertandingan mewarna, pertandingan azan dan Majlis berbuka puasa. Pertandingan mewarna dan pertandingan azan melibatkan kesemua anak-anak KRPPK. Manakala Majlis Berbuka Puasa pula melibatkan anak-anak KRPPK kategori anak yatim iaitu Nurhayatun Sharmilah dan Muhammad Firdaus. 

Sunday 19 August 2012

Jom Gosok Gigi....

Bertempatkan di hadapan kelas pada tanggal 17 Julai 2012, seorang jururawat dan pembantu pergigian Klinik Kesihatan Kota Tinggi telah datang ke Kelas KRPPK untuk memberikan khidmat nasihat dan cara-cara mengosok gigi dengan cara-cara yang betul kepada anak-anak KRPPK... 

Longkang depan kelas pown boleh la... janji dpt gosok gigi

Wednesday 25 July 2012

Disleksia


DEFINISI.

Menerusi Liew Fee Lan dalam Disleksia ( Dyslexia ): Satu pengenalan, mengikut British Dyslexia Association ( 2005 ), disleksia merupakan suatu keadaan neurologikal yang semulajadi, akan mempengaruhi banyak aspek fungsi dan proses pembelajaran, berikutan dengan kelemahan yang diidentifikasi dari aspek proses menyebut, ingatan jangka pendek, urutan dan organisasi, persepsi visual dan auditori, bahasa lisan dan kemahiran motor. Ia khas berkait dengan penguasaan dan pengguna bahasa cetakan, termasuk alphapetik, angka dan simbol muzik.

Friday 13 July 2012

Kejohanan Petanque OKU Peringkat Negeri Johor 2012

Pada 12 Julai 2012, Kejohanan Petanque OKU Peringkat Negeri Johor telah diadakan di SMV Indrapura dan SMK Taman Putri di Kulai, Johor. Pertandingan ini bermula pada pukul 8 pagi sehingga 6.00 petang, di mana peserta senior bermain petanque di SMV Indrapura manakala peserta junior bermain di SMK Taman Putri. Dua anak didik KRPPK SK Seri Setia Jaya telah terpilih untuk mewakili Daerah Kota Tinggi dalam kejohanan ini bagai acara BP Perempuan Junior iaitu Erra Erdora dan Nurul Najiha. Dalam kejohanan ini Erra Erdora telah mendapat tempat keempat manakala Daerh Kota Tinggi telah memperolehi tempat ketiga. Tahniah buat Erra Erdora serta peserta Kota Tinggi yang lain dan Daerah Kota Tinggi...





Thursday 12 July 2012

Latihan Petanque Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor

Pada 10 Julai 2012 dan 11 Julai 2012, dua anak didik KRPPK telah terpilih dalam mewakili Daerah Kota Tinggi untuk menjalani latihan Petanque di SMK Semenchu. Dua anak ini ialah Erra Erdora Bt Lias dan Nurul Najiha Bt Yasim. Semoga dengan adanya latihan ini akan memantapkan lagi mutu permainan mereka dan memberi sedikit sebnyak ilmu peraturan dan tips cara permainan Petanque yang betul.

Monday 25 June 2012

Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2012

Tahniah buat Erra Erdora Bt Lias kerna telah terpilih dalam kontigen sukan mewakili Negeri Johor dalam Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan yang dijalankan di Utara Semenanjung Malaysia iaitu Negeri Perlis Indera Kayangan pada 18 Jun 2012 - 22 Jun 2012. Beliau yang telah menjalani latihan selama lima hari di KOMPLEKS RAKAN MUDA SUKAN AIR DAN UDARA DESARU, KOTA TINGGI pada 11 Mei 2012 - 16 Mei 2012 dan turut menjalani latihan di Kluang selama 2 minggu bermula 2 Jun 2012 - 15 Jun 2012 telah berjaya meraih emas dalam acara 4 x100m... Tahniah buat Erra kerna telah menaikkan nama kelas dan nama sekolah dalam arena sukan.

Tuesday 12 June 2012

Program Semarak Islam Pendidikan Khas Daerah Kota Tinggi 2012




Tarikh                         : 14 Mei 2012
Hari / Masa                : Isnin
                                      8.00 pagi – 4.30 petang
Tempat                     : SK  Felda Lok Heng 
                                    Pusat Bandar

Tidak hanya berlandaskan program kokurikulum, pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi turut tidak ketinggalan dalam menjalankan program berupa akademik yang berunsurkan keislaman iaitu selaras dengan MTQ dalam aliran perdana. Dalam menyediakan murid, pihak pengurusan telah mengatur memilih 3 orang murid dalam beberapa pertandingan iaitu Hafazan. Melaungkan Azan Subuh dan Celik Iqra Terbuka Down Syndrome. Murid yang terlibat ialah Muhammad Shukri, Mohamad Shah Rizal dan Norsafarina Rahimie. 
Alhamdulillah Norsafarina Rahimie telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan Celik Iqra Terbuka Down Syndrome. 


Kejohanan Olahraga dan Balapan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor

  Tarikh: 27 April 2012 - 29 April 2012'
Tempat: Stadium Mini Belitong Kluang, Johor

Tahniah Erra Erdora berjaya memperolehi 1 Perak dalam acara ( 4x 100M) dan 2 gangsa dalam acara 100 M dan 200M. Dengan kejayaan ini seterusnya membantu Kontigen Kota Tinggi meraih 6 emas, 11 perak n 8 gangsa dalam Kejohanan Balapan dan Padang Pend Khas Negeri Johor kat Stadium Mini Belitong, Kluang Johor.


 Tarikh :    4 & 5 April 2012
 Hari / Masa: Rabu & Khamis/ 8.00 pagi – 5.00 petang
 Tempat  : SK  Bandar Penawar 2 & Stadium Bandar Penawar  






Friday 8 June 2012

Karnival Permainan Pendidikan Khas Daerah Kota Tinggi 2012 ( Tenpin Boling)



   Tarikh          : 29 Februari 2012
   Hari / Masa : Rabu
                      8.00 pagi – 5.00 petang
   Tempat        : Superbowl Johor Bahru, 
                      Lesairue  Mall, Tmn Pelangi






Seperti yang ditetapkan pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kota Tinggi, pihak pengurusan kelas telah membawa 4 orang murid untuk mencuba nasib dalam pertandingan boling ini. Walaupun pihak pengurusan mengalami masalah dalam melatih anak-anak, tetapi semangat juang yang ditunjukkan amat membanggakan para guru.

                                                Dari kanan: Shukri, Aiman, Najiha dan Erra

Karnival Permainan Pend Khas Daerah Kota Tinggi 2012 ( Petanque)


 
Tarikh                     : 23 Februari 2012 
 Hari / Masa            : Khamis
                                 8.00 pagi – 7.00 malam
 Tempat                  : SMK Semenchu



Tahniah pasangan beregu petanque perempuan yang dianggotai oleh Nurul Najiha dan Erra Erdora telah memperolehi johan manakala Norsafarina Rahimie yang mendapat tempat ketiga dalam acara down syndrome. Buat pasangan beregu lelaki ( Firdaus dan Shah Rizal) juga membanggakan kerna dapat melayakkan diri ke peringkat suku akhir

Jamuan Akhir KRPPK 2011

Satu Majlis Akhir Tahun telah diadakan pada 15 November 2011 sempena meraikan pengakhiran sesi persekolahan bagi Tahun 2011. Majlis ini juga bagi meraikan perpindahan dua murid KRPPK yang bakal menempuh alam persekolahan menengah di SMK Tan Sri Jaafar Albar iaitu Nur Zaimah dan Muhammad Izhar. Kenangan Izhar dan Zaimah terpahat dalam sanubari hati kami di KRPPK.




                                      Muhammad Izhar                                 Nurzaimah

Jualan Karnival Hari Kokurikulum SKSSJ 2011

Pada Karnival Hari Kokurikulum, KRPPK turut membuat jualan bagi menambah dan menghangatkan lagi suasana di sekolah. KRPPK mengambil kesempatan ini dengan menjual ubi kayu, nugget, ais krim malaysia. 


Persiapan Malam Asprisiasi 2011

Dalam menjayakan Malam Asprisiasi Seni Sekolah, pihak sekolah meminta pihak KRPPK untuk menjalani latihan lagu Aci-Aci Buka Pintu bagi lakonan drama 'First Time'. Dalam merealisasikan impian pihak sekolah, Pn Nurfadhliana Ramli selaku guru pendidikan khas telah melatih anak-anak KRPPK selama sebulan di mana mereka perlu mempersembahkannya pada malam 20 Oktober 2011 sempena Hari Anugerah Kokurikulum


Pesta Ubi Rebus... 2011

Memandangkan ubi kayu yang ditanam di Kebun KRPPK sudah banyak dan gemuk-gemuk, maka pihak pengurusan kelas berpakat untuk memasak ubi tersebut setelah anak-anak mengambilnya dari kebun bagi membersihkan kebun. Ubi yang diambik dibahagikan terlebih darhulu untuk setiap murid untuk dibawa pulang, selebihnya dimasak. Ubi ini juga dihadiahkan kepada Tuan Guru Besar, En Mdd Nordin dan En Nazaini Nasir sebagai penghargaan kelas.


Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah

Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada kali ini agak berlainan kerana pihak sekolah telah menjemput rombongan daripada Riau, Indonesia. Sekumpulan guru berserta anak murid mereka akan menjalankan program sekolah angkat bagi mempelajari selok belok pendidikan di Malaysia. SK Seri Setia Jaya terpilih untuk menerima seorang guru dan murid daripada Riau, Indonesia ini. Kedatangan mereka diraikan cukup meriah kerana pada masa yang sama pihak sekolah menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pihak pengurusan KRPPK telah mendapat undian untuk menghasilkan sate semasa program itu berlangsung. Hasil perbincangan bersama AJK Permuafakatan KRPPK, sebulat suara mencadangkan sate tersebut disediakan secara bergotong-royong di kelas selepas waktu persekolahan. 



Program Jalinan Silaturahim sempena Hari Raya Aidilfitri 2011

Dalam suasana menyambut Hari Raya Aidilfitri, pihak pengurusan KRPPK telah membuat satu program Jalinan Silaturahim antara pihak pengurusan kelas dengan keluarga permuafakatan dan antara anak-anak itu sendiri. Program ini mengambil masa selama dua minggu untuk dijalankan. Guru akan membawa anak-anaknya berhari raya di rumah teman-teman mereka mengikut jadual perjalanan yang dirancangkan. Dengan berpakaian hari raya, anak-anak ini akan mengenali dengan lebih rapat keadaan keluarga rakan mereka 


Di hari pertama program, pihak pentadbiran kelas terpaksa menggunakan khidmat bantuan Tn Hj Mohd Nizam bagi membawa anak-anak ke Sedili Besar iaitu Rumah Alif dan Rumah Khairu Aiman