Sunday 2 September 2012

Kejohanan Futsal & Bola Jaring Pend Khas Peringkat Daerah Kota Tinggi 2012



Alhamdulillah rezeki KRPPK dalam bidang sukan pada tahun ini tidak putus-putus dengan kemenangan sama ada mendapat juara mahupun mendapat tempat dalam mana-mana kejohanan yang dianjurkan oleh Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi. Baru-baru ini, tanggal 28 Ogos 2012 bertempat di SMK Lokman Hakim, Felda Lok Heng, KRPPK telah menghantar 2 pasukan untuk menyertai kejohanan Bola Jaring dan Futsal.

Bola Jaring yang dianggotai oleh Nurul Najiha Bt Yasim dan Erra Erdora Bt Lias telah bergabung bersama SK Mawai telah memperolehi tempat ketiga junior Bola Jaring manakala pasukan futsal KRPPK SKSSJ yang dianggotai oleh Mohammad Shah Rial B. A. Rahim, Muhammad Firdaus B. Zainudin, Khairul Aiman Ikram Danial B. Kamrolazan dan Muhammad Shukri B. Ibrahim telah menjadi juara futsal junior.


 Pertandingan futsal dianggap sebagai menebus kekalahan pada tahun lepas dan sebagai sumbangan anak-anak lelaki KRPPK bagi menjadi kebanggaan KRPPK pada tahun ini. Kemenangan mereka sekaligus menarik perhatian jurulatih pend khas Daerah Kota Tinggi bagi mereka memasuki saringan untuk kejohanan Futsal & Bola Jaring Pend Khas Peringkat Negeri Johor. Anak-anak KRPPK yang terpilih dalam saringan ke Peringkat Negeri ialah Muhammad Firdaus, Khairul Aiman Ikram Danial dan Muhammad Shah Rizal, manakala bagi Bola Jaring Nurul Najiha telah terpilih. Muhammad Firdaus juga telah dinorbatkan sebagai pemain terbaik kategori junior. Tahniah buat wakil-wakil KRPPK. Buat yang telah terpilih ke Kejohanan Futsal & Bola Jaring Peringkat Negeri Johor akan dijalankan di SMK Taman Kota Jaya pada 3 - 4 September 2012 semoga berjaya... Latih sgguh2 tau... harapan cikgu semoga kembali ke sekolah dengan kejayaan ... :)

Muhammad Firdaus Bin Zainudin yang dinorbatkan
sebagai pemain Terbaik kategori Junior Futsal


Sedutan gambar perlawanan bola jaring




Sedutan perlawanan futsal










Pasukan sorak dari SMKTJA... go..go team KRPPK...


Jurulatih KRPPK, Cikgu Amirul.. dan Ketua Pasukan Sorak KRPPK
cikgu Siti... Cikgu Mad Lazim dah terduduk kepenatan



No comments:

Post a Comment