Sepanjang Bulan Ramadhan, pihak sekolah anjuran Panitia Pendidikan Islam telah menjalankan pelbagai aktiviti yang bersesuaian dengan bulan puasa. Terdapat beberapa program pihak sekolah ini telah melibatkan beberapa anak-anak KRPPK. Antara programnya ialah pertandingan mewarna, pertandingan azan dan Majlis berbuka puasa. Pertandingan mewarna dan pertandingan azan melibatkan kesemua anak-anak KRPPK. Manakala Majlis Berbuka Puasa pula melibatkan anak-anak KRPPK kategori anak yatim iaitu Nurhayatun Sharmilah dan Muhammad Firdaus.
Tuesday, 21 August 2012
Sunday, 19 August 2012
Jom Gosok Gigi....
Bertempatkan di hadapan kelas pada tanggal 17 Julai 2012, seorang jururawat dan pembantu pergigian Klinik Kesihatan Kota Tinggi telah datang ke Kelas KRPPK untuk memberikan khidmat nasihat dan cara-cara mengosok gigi dengan cara-cara yang betul kepada anak-anak KRPPK...
Longkang depan kelas pown boleh la... janji dpt gosok gigi
Wednesday, 25 July 2012
Disleksia
DEFINISI.
Menerusi
Liew Fee Lan dalam Disleksia ( Dyslexia ):
Satu pengenalan, mengikut British Dyslexia Association ( 2005 ), disleksia
merupakan suatu keadaan neurologikal yang semulajadi, akan mempengaruhi banyak
aspek fungsi dan proses pembelajaran, berikutan dengan kelemahan yang
diidentifikasi dari aspek proses menyebut, ingatan jangka pendek, urutan dan
organisasi, persepsi visual dan auditori, bahasa lisan dan kemahiran motor. Ia
khas berkait dengan penguasaan dan pengguna bahasa cetakan, termasuk
alphapetik, angka dan simbol muzik.
Saturday, 21 July 2012
Wednesday, 18 July 2012
Friday, 13 July 2012
Kejohanan Petanque OKU Peringkat Negeri Johor 2012
Pada 12 Julai 2012, Kejohanan Petanque OKU Peringkat Negeri Johor telah diadakan di SMV Indrapura dan SMK Taman Putri di Kulai, Johor. Pertandingan ini bermula pada pukul 8 pagi sehingga 6.00 petang, di mana peserta senior bermain petanque di SMV Indrapura manakala peserta junior bermain di SMK Taman Putri. Dua anak didik KRPPK SK Seri Setia Jaya telah terpilih untuk mewakili Daerah Kota Tinggi dalam kejohanan ini bagai acara BP Perempuan Junior iaitu Erra Erdora dan Nurul Najiha. Dalam kejohanan ini Erra Erdora telah mendapat tempat keempat manakala Daerh Kota Tinggi telah memperolehi tempat ketiga. Tahniah buat Erra Erdora serta peserta Kota Tinggi yang lain dan Daerah Kota Tinggi...
Subscribe to:
Posts (Atom)







