Sunday 10 February 2013

Sambutan Maulidur Rasul SKSSJ 2013


Tanggal 30 Januari 2013, SK Seri Setia Jaya telah merancang mengadakan Program Sambutan Maulidur Rasul 2013 peringkat sekolah. Oleh itu, pada 29 Januari 2013, pihak sekolah telah membuat program merewang (perkataan warga johor) bagi maksud bergotong-royong. Pihak sekolah yang mendapat sumbangan seekor lembu dan dua ekor kambing sempena majlis ini telah bekerjasama dengan PIBG sekolah dan warga permuafakatan dalam pemprosesan penyembelihan dan aktiviti masakan... Permuafakatan Pendidikan Khas juga turut serta dalam menjayakan program ini



Pelbagai aktiviti turut dijalankan sempena program Maulidur Rasul ialah Bacaan Yassin dan solat hajat, Berarak dari Masjid Jamek Tg Sedili ke sekolah, Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Sharifuddin, Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Melukis Poster serta jamuan. 

Sudut gambar

Program Rewang

Penyembelihan  Lembu

Program merewang








Perarakan Dari Masjid Tanjung Sedili ke Sk Seri Setia Jaya




ceramah Maulidur Rasul





Jamuan 





Pertandingan Mewarna








No comments:

Post a Comment