Tuesday, 19 March 2013

MSSD BOLA SEPAK DAERAH KOTA TINGGI

        Pada 14 - 16 Mac 2013 yang lalu, pihak pengurusan Bola Sepak aliran Perdana SKSSJ telah meminta Khairul Aiman Ikram Danial membantu pasukannya dalam MSSD Bola Sepak Bawah 12 Tahun Peringkat Daerah Kota Tinggi 2013 yang tuan rumahnya ialah SK Gembut. 

        Perlawanan ini yang dijalankan di Padang Awam Tg Sedili, Padang SK Gembut telah membawa kejayaan pasukan SKSSJ sehingga ke suku akhir. Walaupun tewas kepada SK Gembut, pasukan SKSSJ berjaya mendapat tempat ketiga.




          Kebanyakkan pemain pasukan SKSSJ termasuk Aiman turut terpilih dalam mewakili Daerah Kota Tinggi ke peringkat seterusnya... Tahniah buat Aiman dan rakan sepasukannya termasuk jurulatih dan pengurus pasukan bola sepak SKSSJ...Kejayaan pasukan membawa kebanggaan warga SKSSJ, corak semangat dan pemainanan anda semua mengagumkan pihak sekolah dan mengerunkan  pihak lawan.




Hijau Menawan

     Bertempatkan bersebelahan Taman Nur Iman dan program Bumi Hijau dijalankan, pihak pengurusan KRPPK SKSSJ turut menjalankan program Hijau Menawan bagi menambah keceriaan landskap Taman Nur Iman. 

       Pelbagai tanaman hijau ditanam bagi menambah suasan kehijauan di hadapan kelas. Kehijauan dapat memberikan suasana hati yang tenang dan 'sejuk' pada pandangan mata.  

      Tanaman ini juga membantu sedikit sebanyak pembaik pulih struktur tanah yang kering apabila baja mula diletakkan dan tanaman dijalankan. Program ini juga memberikan pendedahan awal kepada murid tahap 1 pendidikan khas dalam pengenalan awal cara menjaga tanaman.


Bumi Hijau

         Bertempatkan di Taman Nur Iman, tiga anak didik KRPPK SKSSJ iaitu Khairul Aiman Ikram Danial , Muhammad Shukri dan Muhammad Alif telah menjalankan penanaman bendi, tembikai, sawi dan cili. Tetapi penanaman bendi lebih menyerlah ketumbuhannya diikuti tembikai.

        Dengan keluasan yang tidak seberapa hanya beberapa batas sahaja yang dapat dibina untuk penanaman ini. Program ini sedikit sebanyak memberikan kemahiran asas kepada murid tahap 2 pendidikan khas dalam proses penanaman tumbuhan sayuran.



Thursday, 7 March 2013

Kursus Kepimpinan Pengakap Manikayu Peringkat 3.1 dan 3.2



            Bertempat di Taman Hutan Lagenda Taman Negara Johor, Jabatan Pelajaran Negeri Johor ( JPNJ) dan Persatuan Pengakap Malaysia (PPM) Negeri Johor telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pengakap Peringkat 3.1 dan 3.2 Guru Pendidikan Khas Negeri Johor 2013 bermula pada 24 Februari 2013 - 28 Februari 2013. Seramai 67 orang guru pendidikan khas telah terlibat dari seluruh daerah Negeri Johor baik daripada sekolah rendah mahupun sekolah menengah. 
           Bagi semua guru sekolah rendah, mereka dilatih untuk memimpin Pengakap Kanak-kanak manakala bagi guru sekolah menengah, mereka dilatih untuk memimpin Pengakap Muda. 


             Dalam kursus ini, guru sekolah rendah terbahagi kepada 4 kumpulan yang digelar sekawan ( kumpulan) iaitu Sekawan Jingga (1), Sekawan Oren (2), Sekawan Hijau (3) dan Sekawan Biru (4). Manakala bagi guru sekolah menengah terbahagi kepada 3 kumpulan yang digelar patrol iaitu Patrol Tiung (5),  Patrol Penguin (6) dan Patrol Helang (7).



Sunday, 10 February 2013

Sambutan Maulidur Rasul SKSSJ 2013


Tanggal 30 Januari 2013, SK Seri Setia Jaya telah merancang mengadakan Program Sambutan Maulidur Rasul 2013 peringkat sekolah. Oleh itu, pada 29 Januari 2013, pihak sekolah telah membuat program merewang (perkataan warga johor) bagi maksud bergotong-royong. Pihak sekolah yang mendapat sumbangan seekor lembu dan dua ekor kambing sempena majlis ini telah bekerjasama dengan PIBG sekolah dan warga permuafakatan dalam pemprosesan penyembelihan dan aktiviti masakan... Permuafakatan Pendidikan Khas juga turut serta dalam menjayakan program ini