Friday 26 April 2013

Peluasan Bumi Hijau

              Program Bumi Hijau telah dipeluaskan lagi daripada penanaman bendi kepada penanaman cili, sawi dan tembikai... Program ini yang dimulakan oleh Cikgu Nadiah diteruskan oleh Cikgu Fadhliana menerusi Kelas Nur Iman 2 dalam waktu Kemahiran Hidup.  Memandangkan kedudukan kebun ini berhadapan dengan kelas Pendidikan Khas, keadaan kebun ini sentiasa terjaga dan disiram menyebabkan tanaman dapat hidup dengan subur.

Kewujudan kebun ini dihadapan kelas menambah keceriaan kehijauan kelas Pendidikan Khas. ini mewujudkan suasana yang tenang dan mendamaikan kepada anak-anak murid KRPPK yang datang ke sekolah dengan niat menimba ilmu. 


Kebun Nur Iman diperluaskan sehingga ke sempadan Taman Prasekolah Annasuha


Shukri siram pokok jangan sampai mandi sudah ler...



Najiha hati-hati mencangkul t patah plak pinggang tuh...

Buat yang kecil2... cabut rumput jela yer Alyaa, Safarina dan Wana..








No comments:

Post a Comment