Setelah selesai melawat Muzium Perak, semua ahli rombongan mula bergerak menuju ke Flemington Hotel untuk menginap dan membersihkan diri. Dua keluarga berpasangan ditempatkan dalam satu bilik memandangkan keadaan bilik tersebut mempunyai katil yang besar. Tepat pukul 8.00 malam, ahli-ahli rombongan dibawa melawat Zoo Taiping & Safari Night yang terletak tidak jauh dari tempat penginapan.
Pada 22 - 25 Julai 2011, KRPPK telah mengadakan lawatan sambil belajar menaiki Kereta api menuju ke utara Malaysia. Ini merupakan satu program yang agak mencabar kerana lawatan ini bermula di selatan Semenanjung Malaysia (Tg Sedili, Kota Tinggi Johor) ke Utara Negeri Perak ( Taiping). Menggunakan khidmat 6 orang guru iaitu Cik Siti Nadiah Othman selaku Pengarah Program, En Ishak Ali, Penyelaras KRPPK, Tuan Guru Besar, MDD Nordin Ismail, Cik Aini Yusnita Bt Ismail, Cik Suraisya Hanim Bt Endut dan En Hanif Bin Juki. Seramai 13 orang murid telah dibawa bersama pengiring masing-masing seramai 14 orang dengan tujuan membantu para guru dalam mengawal dan mengawasi anak-anak.
Matlamat Kelas Rancangan Percantuman Pendidikan Khas (KRPPK) SK Seri Setia Jaya untuk menghasilkan blog sendiri akhirnya tercapai setelah kelas ini telah mempunyai laman facebook dan youtubenya yang tersendiri pada tahun 2011. Dengan adanya ketiga-tiga ini tidak dapat dinafikan lagi bahawa kelas ini telah mula mengorak langkah mengikut arus perkembangan teknologi maklumat.