Pada 22 - 25 Julai 2011, KRPPK telah mengadakan lawatan sambil belajar menaiki Kereta api menuju ke utara Malaysia. Ini merupakan satu program yang agak mencabar kerana lawatan ini bermula di selatan Semenanjung Malaysia (Tg Sedili, Kota Tinggi Johor) ke Utara Negeri Perak ( Taiping). Menggunakan khidmat 6 orang guru iaitu Cik Siti Nadiah Othman selaku Pengarah Program, En Ishak Ali, Penyelaras KRPPK, Tuan Guru Besar, MDD Nordin Ismail, Cik Aini Yusnita Bt Ismail, Cik Suraisya Hanim Bt Endut dan En Hanif Bin Juki. Seramai 13 orang murid telah dibawa bersama pengiring masing-masing seramai 14 orang dengan tujuan membantu para guru dalam mengawal dan mengawasi anak-anak.
Bermula tepat pukul 9.00 malam, pihak rombongan telah mula berkumpul di perkarangan sekolah. Dengan menggunakan perkhidmatan bas SMKA Bandar Penawar, pihak rombongan mula bergerak meninggalkan kawasan sekolah pada pukul 10.00 malam menuju ke Stesen Kereta api Kulai. Hampir pukul 11.30 malam kami mula tiba di Daerah Kulai. Kereta api pada mulanya dijangka tiba pada pukul 12.00 tengah malam tiba lewat pada masa yang ditetapkan iaitu pada pukul 1.00 pagi. Walaupun letih dan mengantuk, anak-anak mulai cergas dan teruja apabila kereta api mula tiba di landasan.
Keadan di Stesen Kereta api Kulai
Situasi dalam menaiki kereta api agak kelam kabut memandangkan gerabak yang ditempah berada jauh nun di belakang sekali tetapi ini tidak mendatangkan apa-apa kesan. Semua ahli rombongan berjaya menaiki kereta api dan menginap di kabin yang telah ditetapkan. Semua anak-anak kelihatan teruja sehinggakan sukar untuk melelapkan mata mereka.
Tepat pukul 7.00 pagi, kereta api tiba di KL Central. Semua mula bergegas turun di KL Sentral bagi menaiki kereta api yang lain untuk menuju ke Taiping pada pukul 8.30 pagi. Dalam tempoh masa yang ada, pengarah program membenarkan ahli rombongan untuk menyiapkan diri dengan mandi, solat subuh dan sarapan pagi di KL Central. Tepat pukul 8.15, semua penumpang yang menuju ke Utara Malaysia dibenarkan memasuki platform.
Situasi di KL Central
Situasi dalam Kereta api dan semasa tiba ke Taiping
Dengan bantuan bas dari Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Ipoh ( SKPK Ipoh), ahli rombongan dapt bergerak mengelilingi kawasan Taiping dan Ipoh. Memandangkan kereta api tiba 30 minit lebih awal daripada jangkaannya iaitu pada pukul 1.30 petang, kami terpaksa menunggu kehadiran bas kira-kira 30 minit. Setelah bas tiba di Stesen Kereta api Taiping, pemandunya , En Roslan membawa kami untuk menjamu selera tengah hari di Kedai Makan Pokok Asam.
Setelah kekenyangan menjamu selera, En Roslan membawa kami ke Muzium Perak seperti yang termaktub dalam jadual kami. Di Muzium itu, anak-anak dan pengiring masing-masing bebas meneroka kawasan Muzium sehingga pukul 5 petang. Pelbagai info maklumat yang diperolehi oleh anak-anak, pengiring dan juga guru-guru.
Sambungan di Kembara Kereta api Ke Taiping, Bandar Warisan 2011 (part 2)
No comments:
Post a Comment