Tuesday 5 June 2012

Selangkah ICT, Blog KRPPK dibina


Matlamat Kelas Rancangan Percantuman Pendidikan Khas (KRPPK) SK Seri Setia Jaya untuk menghasilkan blog sendiri akhirnya tercapai setelah kelas ini telah mempunyai laman facebook dan youtubenya yang tersendiri pada tahun 2011. Dengan adanya ketiga-tiga ini tidak dapat dinafikan lagi bahawa kelas ini telah mula mengorak langkah mengikut arus perkembangan teknologi maklumat. 


Facebook KRPPK SKSSJ yang mula dibina awal tahun 2011


Diikuti dengan Youtube Kelas KRPPK akhir tahun 2011


Selaras dengan ini juga, pihak pengurusan Kelas KRPPK telah berjaya mengikuti arus inovatif Tuan Guru Besar, En Mdd Nordin Bin Ismail untuk menjanakan teknologi dalam kelas di Sk Seri Setia Jaya. Pihak Pengurusan KRPPK juga meluahkan rasa syukur kerna wujudnya blog ini menambah kebanggaan kami dalam pengurusan pentadbiran kami yang boleh dikatakan makin berusaha menghampiri Blog Sekolah, Youtube dan Facebook sekolah

Blog SK Seri Setia Jaya

Facebook SK Seri Setia Jaya

Youtube SK Seri Setia Jaya





No comments:

Post a Comment