Thursday, 7 June 2012

Kembara Kereta api Ke Taiping, Bandar Warisan 2011 (part 2)

Setelah selesai melawat Muzium Perak, semua ahli rombongan mula bergerak menuju ke Flemington Hotel untuk menginap dan membersihkan diri. Dua keluarga berpasangan ditempatkan dalam satu bilik memandangkan keadaan bilik tersebut mempunyai katil yang besar. Tepat pukul 8.00 malam, ahli-ahli rombongan dibawa melawat Zoo Taiping & Safari Night yang terletak tidak jauh dari tempat penginapan.



Dalam Zoo Taiping & Safari Night, ahli rombongan dapat melihat haiwan-haiwan yang bergiat aktif di waktu malam apabila ternampak cahaya. Para ahli rombongan merupakan orang yang bertuah kerana terdapat haiwan yang jarang menonjolkan diri telah menampakkan dirinya walaupun hanya seketika. Perkhidmatan dua renjer digunakan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat.  


                                       







Setelah berehat semalaman di Flemington Hotel, ahli rombongan mula bergerak ke Bukit Larut bagi mendaki Bukit tersebut apabila selesai bersarapan pagi. 



Bersarapan di Flemigton Hotel





Bukit Larut @ Bukit Maxwell mula kami tawan pada pukul 10.00 pagi kerana berlaku satu insiden pokok telah tumbang menyebabkan landrover yang membawa penumpang menaiki Bukit Larut tidak dapat melaluinya. Pokok tersebut merupakan pokok yang telah tua tumbang secara melintangi jalan berhampiran dengan Pejabat Pengurusan. Setelah 1 jam menunggu dari pukul 9.00 pagi, akhirnya pokok tersebut berjaya dipotong tetapi pembersihan tersebut hanyala mampu melepaskan sebuah landrover demi sebuah landrover melaluinya pada masa yang sama.








Setelah menghirup udara segar di atas Bukit Larut dan melihat panorama keindahan alam semula jadi hutannya, ahli rombongan mula bergerak turun. Malang tidak berbau, sudahlah sebelum bertolak naik insiden pokok tumbang berlaku, sewaktu pulang salah sebuah landrover kami mengalami tayar pancit. keadaan ini tidak merunsingkan kami kerana kebanyakkan yang tersangkut dapat menikmati persekitaran hutan dengan lebih dekat lagi.







Setelah mendaki Bukit Larut dan pengalaman menaiki bas selama 1 jam dari Bukit Larut menuju ke Ipoh amat meletihkan kami tetapi dengan semangat yang berkobar-kobar kami selamat sampai di Lost World Of Tambun. Di sini setelah anak-anak menukar baju mereka kelihatan teruja melihat kolam renang yang disediakan. Bagi anak-anak yang meningkat dewasa mereka lebih gemar bermandi di kolam terbuka manakala bagi anak-anak yang kecil, melalui penjagaan dan pengawasan pengiring mereka lebih gemar mandi di tempat mandi kanak-kanak yang mempunyai mainan. 

Lost World Of Tambun, Ipoh








Sempat mebeli belah buah tangan untuk keluarga dan rakan-rakan di Johor






 Menjamu selera sebelum check in Hotel Seri Malaysia Ipoh









Hotel Seri Malaysia Ipoh



Adat meminjam... dengan besar hatinya kami mengunjung ke SKPK Ipoh bagi melahirkan rasa terima kasih atas kesudian mereka untuk membantu kami dalam menyediakan pengangkutan sepanjang program kembara ini dijalankan. Terima Kasih SKPK Ipoh


 





 Kembara ini hampir menemui penghujungnya setelah ahli rombongan bergerak menuju pulang ke Selatan Tanah Air ( Johor ) melalui Stesen Kereta api Ipoh pada pukul 10.00 pagi.




Tiba di Stesen Kereta api Kulai pada pukul 7.30 malam dan mula memasuki perkarangan SK Seri Setia Jaya pada pukul 9.30 malam. Dengan ini syukur alhamdulillah berkat doa semua pihak akhirnya ahli rombong selamat pergi dan selamat kembali ke Sedili dengan kesihatan yang baik dan berjalan lancar. Semoga dengan bermulanya program ini, era kegemilangan kelas KRPPK pun bermula. Semoga program sebegini diteruskan dari semasa ke semasa bagi membantu membuka minda murid-murid pendidikan khas amnya tentang dunia yang luas yang boleh ditimba melalui pengalaman. 






No comments:

Post a Comment