Friday, 8 June 2012

Program Jalinan Silaturahim sempena Hari Raya Aidilfitri 2011

Dalam suasana menyambut Hari Raya Aidilfitri, pihak pengurusan KRPPK telah membuat satu program Jalinan Silaturahim antara pihak pengurusan kelas dengan keluarga permuafakatan dan antara anak-anak itu sendiri. Program ini mengambil masa selama dua minggu untuk dijalankan. Guru akan membawa anak-anaknya berhari raya di rumah teman-teman mereka mengikut jadual perjalanan yang dirancangkan. Dengan berpakaian hari raya, anak-anak ini akan mengenali dengan lebih rapat keadaan keluarga rakan mereka 


Di hari pertama program, pihak pentadbiran kelas terpaksa menggunakan khidmat bantuan Tn Hj Mohd Nizam bagi membawa anak-anak ke Sedili Besar iaitu Rumah Alif dan Rumah Khairu Aiman









Pada hari kedua program, khidmat bantuan Cik Aini Yusnita diperlukan. Keadaan ini juga sedikit sebanyak membantu Cik Aini Yusnita selaku Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam mengenali budaya atau latar belakang murid. Rumah Shukri dan Rumah Safarina (Kakak) menjadi pilihan.












Pada hari ketiga pula, program bergerak menuju ke Rumah Fitri dan Rumah Firdaus melalui bantuan En Nazaini, GPK Kokurikulum yang sememangnya rapat dengan anak-anak KRPPK.








Di hari keempat pula, Rumah Alyaa dan Rumah Si kembar, Najiha dan Najwa menjadi tumpuan di Kg Semayong.. Khidmat Bantuan En Nazaini masih diperlukan pada hari ini




Seterusnya Rumah Yani di Tanjung Sedili menjadi tumpuan di hari yang kelima diikuti Rumah Amylia (Anis) di Kg Sri Gading.





Pada hari terakhir program, terdapat empat buah rumah menjadi tumpuan sehingga menyebabkan guru dan murid kekenyangan iaitu Rumah Erra di Perkampungan Tersusun Tuan Seh, Rumah Sharmila di Teluk Jeri Dalam, Rumah Shah rizal di Kg Sentosa dan akhir sekali Rumah Zaimah di Kg Singapura. Pada hari terakhir ini, Cik Suzana Bt Majid turun padang dalam membantu kami menjayakan program ini sekali gus menutup program jalinan silaturahim ini 









No comments:

Post a Comment