Friday 8 June 2012

Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah

Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada kali ini agak berlainan kerana pihak sekolah telah menjemput rombongan daripada Riau, Indonesia. Sekumpulan guru berserta anak murid mereka akan menjalankan program sekolah angkat bagi mempelajari selok belok pendidikan di Malaysia. SK Seri Setia Jaya terpilih untuk menerima seorang guru dan murid daripada Riau, Indonesia ini. Kedatangan mereka diraikan cukup meriah kerana pada masa yang sama pihak sekolah menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pihak pengurusan KRPPK telah mendapat undian untuk menghasilkan sate semasa program itu berlangsung. Hasil perbincangan bersama AJK Permuafakatan KRPPK, sebulat suara mencadangkan sate tersebut disediakan secara bergotong-royong di kelas selepas waktu persekolahan. 















Persediaan membuat satay sehari sebelum program berlangsung. Hasil kerjasama daripada Ahli-ahli Permuafakatan Pendidikan Khas 2011, gotong-royong dijalankan sehari sebelum program bermula selepas tamatnya wakt persekolahan. Pada sebelah pagi, Pn Nur Fadhliana Ramli bersama-sama beberapa murid telah bergotong-royong meminjam barang dari PIBG untu aktiviti membuat satay. Mereka turut menjalankan  gotong-royong awal seperti mengupas bawang





Setelah tamat waktu persekolahan, kira-kira pukul 3 petang, ibu bapa @ AJK Permuafakatan Pendidikan Khas mulai datang ke kelas bagi menjalankan program gotong-royong. 









Ini adalah rupa atau bentu satay yang diperap iaitu satay ayam. 


Sementara menunggu daging ayam tersebut betul- betul terserap dengan rempahan , ahli permuafakatan turut menyediakan meehoon sup @ bihun sup untuk semua. Hasil kaki ayam dibuat sup. Makanan sampingan juga disertakan kepada semua hasil bekalan yang dibawa oleh setiap ahli permuafakatan seperti kek pisang, keropok, kuih raya dan sebagainya.



En MDD Nordin, GB turut menyertai bersama-sama


Setelah diperap dalam masa 3 atau 4 jam, tibalah masa kembali bergotong-royong dalam aktiviti menyucuk satay dan aktiviti ini berakhir pada pukul 10.00 malam. Satay yang telah siap dicucuk dibawa ke rumah En Lokman iaitu ayah Fitri untuk disimpan ke dalam peti sejuk beku sebelum dibakar pada esok harinya






No comments:

Post a Comment